CENDOL
- aishahs398
- Dec 1, 2015
- 1 min read
Cendol adalah minuman yang diperbuat menggunakan santan, jeli hijau, ais dan gula melaka. Sesiapa sahaja pasti menggemarinya terutamanya ketika cuaca panas. Pergilah ke mana sahaja pasti anda mudah untuk memesan hidangan penghilang haus ini ketika berada di Pulau Pinang.
Penangan cendol di Pulau Pinang secara umumnya adalah warisan resipi dari generasi ke generasi. Justeru itu, tidak hairanlah jika rasa dan keistimewaannya kekal hingga ke hari ini. Jika berpusu-pusu di Pasar Chowrasta, jangan lupa untuk memesan hidangan ini.

Comments