ROJAK BUAH
- aishahs398
- Dec 16, 2015
- 1 min read
Jangan terkejut jika anda memesan "rojak", yang sampai adalah rojak buah-buahan. Ini kerana orang utara memanggil rojak dan pasembor dengan nama yang khusus. Rojak buah adalah kombinasi buah-buahan seperti nenas, mangga, sengkuang, timun dan jambu air yang diadun dan digaul bersama "petis" ( kuah rojak dan taburan kacang ). Pulau Pinang juga sinonim dengan Rojak Tonggek Patai Road di mana variasi buah-buahan dicucuk menggunakan lidi dan dicicah dengan semangkuk kuah rojak.
"Rojak Tonggek" mendapat nama dek kerana perbuatan membongkok sedikit sewaktu hendak mencicah buah-buahan yang dicucuk menggunakan lidi pada mangkuk kuah kacang yang diletakkan sedikit rendah.

Comments